BAHAN A
300 gm sagu biji kecil – rendam 2 jam dan tos
3 pewarna
BAHAN B
15 gm agar-agar serbuk
350 gm gula
3 cawan air
3 cawan susu segar/cair/santan
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih dan putihnya hilang. Matikan api.
- Sediakan tiga mangkuk dan ceduk adunan mengikut ketebalan lapisan yang diingini, dan warnakan.
- Loyang sebelum digunakan dibasahkan terlebih dahulu. Tuangkan adunan dan biarkan beku. Untuk mempercepatkan proses, masukkan dalam peti sejuk.
- Ikut kreativiti anda untuk menggunakan warna dancorak lapisan.
- Jika adunan menjadi keras dalam periuk sebelum ia digunakan, anda boleh panaskannya semula dengan api yang kecil.
PESAN SAJI: Jika anda menggunakan agar-agar bertali, sukatan airnya agak berbeza kerana ia mengambil masa yang lama untuk melarutkannya. Anda tidak boleh mencampurkan susu atau santan sekali gus dengan air. Sebaiknya anda larutkan agar-agar dengan sukatan air yang lebih terlebih dahuludan setelah larut, barulah dituangkan susu ataupun santan. Penggunaan agar-agar serbuk agak lebih mudah dan proses memasaknya juga cepat.