BAHAN
50 gm gula
10 biji kuning telur – asingkan kuning
500 ml krim segar
Sedikit esen vanila
1 batang vanila pod – hiasan
BAHAN JEM ROSELLE
250 gm roselle
5 gm pektin
200ml jus roselle
10 gm gula
CARA
- JEM ROSELLE : Satukan ke semua bahan jem roselle didalam periuk. Masak sehingga jem sebati dan pekat. Ketepikan.
- Satukan gula dan kuning telur, kacau hingga sebati.
- Panaskan krim segar bersama esen vanila, setelah mendidih tuangkan ke dalam adunan gula dan kuning telur. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam bekasatau mangkuk kaca.
- Masukkan jem roselle, dan bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 150°C menggunakan kaedah ‘doublebaked’.