PUDING CINCAU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
10 gm serbuk agar-agar
500 ml air
1 cawan gula – ikut  suka manis
1 tin susu cair – 400ml
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanila
250 gm cincau – cincang

 

CARA MENYEDIAKAN
1. Masak agar-agar bersama air dan gula. Bila mendidih masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanila.
2. Bila sedikit pekat dan mendidih, matikan api.
3. Bahagikan kepada dua, satu bahagian masukkan cincau. Sebahagian lagi ketepikan tanpa dicampurkan dengan apa-apa.

4. Ambil sebahagian daripada adunan kosong tadi dan tuang ke dalam bekas (10 inci X 7 inci), sejukkan.
5. Lebihan bahagian yang kosong tadi direndam bekasnya dalam air yang panas.
6. Bila agar-agar tadi sedikit membeku, tuang bahagian yang bercampur cincau ke atasnya.

7. Sejukkan semula hingga beku. Bila sudah  membeku baru tuangkan bahagian lebihan kosong yang terendam tadi.  Biarkan ia keras.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan