BAHAN-BAHAN
8 keping roti
1 tin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula
4 sudu besar marjerin
1 sudu besar tepung jagung
Setengah cawan kismis
3 sudu besar cip coklat
1 sudu kecil vanila
Sedikit air
ΒΌ sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN
1. Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu cair. Masukkan telur yang telah dipukul, marjerin, gula, garam, kismis dan cip coklat serta esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau semuanya biar sebati.
3. Sapu loyang bulat 10 inciΒ dengan sedikit marjerin dan masukkan semua adunan tadi. Bakar selama 50 minit dengan suhu 180 – 190C atau sehingga masak.