BAHAN-BAHAN
18 gm agar-agar bertali
3 ½ cawan air
¾ cawan gula
½ biji labu rebus
1 sudu besar kastard
2 biji telur
½ tin susu cair
Sedikit garam
Lapisan Atas
18 gm agar-agar bertali
3 ½ cawan air
½ tin susu cair
½ cawan gula
Secawan cendol – tuskan
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN
1. Labu dikisar bersama susu cair, telur, tepung kastard dan sedikit garam hingga hancur.
2. Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Setelah itu masukkan bahan labu dikisar. Masak hingga mendidih dan angkat.
3. Sejukkan dalam bekas 10 inci X 7 inci sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.
4. Kalau nak berlapis dua seperti gambar simpan separuh daripadanya dan rendam bekas dalam air panas (untuk mengelak membeku. Boleh juga dipanaskan semula.)
5. Untuk lapisan atas pula, masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula. Masukkan cendol.
6. Kacau perlahan-lahan. Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih dan angkat.
7. Tuang atas lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan keras.