BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk manis (diambil daunnya)
10 ekor udang yang saiz sederhana
1 kg santan
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 biji lada merah – dihiris memanjang
4 tangkai cili padi
1 biji keledek – kupas dan dipotong-potong
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan bawang merah dan bawang putih dan keledek dengan sedikit air dan dimasak hingga keledek empok.
- Kemudian masukkan santan, bila ia mendidih masukkan pula udang, lada merah dan cili padi. Akhir sekali, masukkan pucuk manis, daun kunyit dan garam secukup rasa.