BAHAN-BAHAN:
1 jantung pisang – belah dua dan celur hingga masak
10 ekor sotong saiz kecil
1 kg santan
1 batang serai – dititik
1 helai daun kunyit
BAHAN TUMBUK KASAR:
15 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 biji buah keras
10 tangkai cili padi
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan santan pekat dalam periuk.
- Setelah itu, masukkan kesemua bahan tumbuk kasar, serai,sotong dan jantung pisang.
- Masak di atas api yang sederhana.
- Apabila kuah mula mendidih, masukkan garam dan hidangkan.