BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia saiz sederhana besar – dibasuh dengan air asam, dilumur dengan garam dan dibakar
2 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
5 biji cekur – kisar
2 cm belacan – kisar
20 tangkai cili padi mayang/potong kasar – kasar
3 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
5 helai daun cekur – mayang
2 biji limau kasturi
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
- Kemudian masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam secukup rasa.
- Setelah itu, masukkan asam gelugur dan cili padi.
- Apabila kuah sudah cukup masak, masukkan ikan dan daun cekur seketika. Atau curah kuah keatas ikan yang telah di bakardan disusun atas pinggan. Perahkan limau kasturi.
