BAHAN-BAHAN:
1 kg kupang
1 kg santan
2 batang serai – mayang
1 keping asam gelugur
1 susu udang kering – ditumbuk kasar-kasar
10 tangkai cili padi – dipotong nipis
1 helai daun kunyit – mayang
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
- Basuh kupang sehingga bersih. Masukkan kupang bersama-sama serai dan bahan yang telah dikisar lumat di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Kacau rata.
- Masukkan santan. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan asam gelugur dan garam secukupnya.
- Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak dan dihidangkan.