NASI GORENG JAWA NONA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

3 cawan nasi putih

15 tangkai cili padi hijau – ditumbuk lumat

1 labu bawang besar – tumbuk kasar

2 ulas bawang putih – tumbuk lumat

50 gm ikan bilis tumbuk lumat

2 keping tempe – dipotong dan digoreng

2 keping tauhu dipotong kecil-kecil dan digoreng

3 sudu besar minyak masak

Garam secukup rasa

Rempeyek goreng

50 gm ikan bilis goreng

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bawang kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul hingga rata. Masukkan garam dan gaulkan biar sebati.
  2. Masak dengan api perlahan. Masukkan ikan bilis goreng, tempedan tauhu goreng. Setelah ia agak kering dan secukup rasa hidangkan dengan rempeyek.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan