BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk manis
10 ekor udang
1 kg santan
1 labu bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
2 tangkai cili merah – hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 biji keledek
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan bawang merah, bawang putih, keledek dengan sedikit air. Masak hingga keledek empuk.
- Kemudian masukkan santan, apabila mendidih masukkan udang, cili merah dan cili padi. Akhir sekali masukkan pucuk manis dan daun kunyit garam secukup rasa.