PUCUK MANIS LABU BERKENTANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 genggam pucuk manis

¾ biji labu – potong dadu & rebus empuk

1 biji ubi kentang – potong dadu

2 ulas bawang merah – mayang

1 sudu besar udang kering

1 cawan santan cair

½ cawan santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan bahan seperti santan cair, bawang merah dan udang kering rebus hingga mendidih.
  2. Masukkan kentang biar hingga lembut, masukkan pucuk manis kacau seketika. Masukkan santan pekat dengan sentiasa kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan labu yang telah direbus asing dan perasakan dengan garam dan gula.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan