BAHAN-BAHAN
550 gm udang saiz sederhana – rebus
3 tangkai daun pudina – racik kasar
3 batang serai – hiris halus
1 tangkai daun bawang – racik
1 tangkai daun ketumbar – hiris kacar
5 ulas bawang merah – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
150 gm kacang gajus masin – cincang kasar
½ sudu besar serbuk cili – bancuh dengan 2 sudu besar air masak
2 sudu besar sos ikan atau sotong
2 sudu besar jus limau nipis
Gula perang secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Letakkan udang yang sudah direbus di dalam mangkuk besar.
- Masukkan daun pudina, serai, daun bawang, daun ketumbar, bawang merah, cili merah dan gajus.
- Kemudian serbuk cili, sos ikan, jus limau nipis dan gula perang. Gaulkan ke semua bahan-bahan ini dengan sebati. Angkat dan hidangkan.