BAHAN
3 biji keledek merah
1 cawan tepung gandum
1 biji kelapa parut – putih sahaja
Sedikit daun pisang
Sedikit garam dan gula
CARA
- Keledek merah direbus sehingga empuk dan dikisar halus.
- Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama tepung gandum.
- Adunan jangan terlalu pekat agar lepat tidak terlalu keras apabila dikukus.
- Bubuh sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Ketika membungkus lepat ubi ini, letakkan kelapa parut ditengah adunan ubi dan dibungkus rapi. Kukus sehingga masak.