KERABU KULIT UBI KAYU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

2 ketul ubi kayu

2 ekor sotong

2 batang serai – hiris halus

100 gm kacang botol – potong kecil

½ biji kelapa parut – putih sahaja

2 tangkai cili merah- hiris

1 labu bawang besar- hiris

2 biji limau nipis- ambil jusnya

Sedikit cili padi- hiris

Sedikit garam dan gula secukup rasa

 

CARA

  1. Ubi kayu dikopek kulitnya, dihiris halus dan direbus sehingga empuk. Ketepikan.
  2. Sotong dipotong memanjang, kemudiannya direbus dengan sebatang serai. Setelah empuk, angkat dan tuskan airnya. Ketepikan.
  3. Kelapa parut disangai hingga kekuningan bersama hirisan serai sehingga wangi.
  4. Masukkan kulit ubi kayu, serta kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama kelapa sangai dan serai.
  5. Bubuh garam dan gula, bersama jus limau nipis. Sebatikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

 

PESAN SAJI : Pililah ubi kayu yang kulitnya berwarna merah jambu yang sesuai untuk membuat kerabu.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan