BAHAN-BAHAN
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil garam
500 ml air
Pewarna kuning telur
INTI MARTABAK
300 gm daging ayam atau lembu
50 gm marjerin
3 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang puitih – kisar
½ inci halia – kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kurma
Garam
Hiasan
6 biji telur – dibancuh dalam inti murtabak yang sudah siap dimasak.
BAHAN SOS
3 labu bawang besar kisar
1 sudu kecil pewarna ros
1 sudu kecil garam
¼ cawan gula
½ cawan cuka
2 cawan air
CARA MENYEDIAKAN
Sebelum sediakan bahan roti jala, bolehlah dimasak intinya terlebih dahulu. Masukkan marjerin dan goreng bahan kisar terlebih dahulu dan barulah masukkan rempah kari.
Bila dah naik bau baru masukkan serbuk kurma, daging dan garam.
Rasa garamnya dan masak inti martabak ini sehingga kering.
Untuk bahan sos pula kita satukan kesemua bahan sos dan masak atas api sederhana.
Bila dah siap sosnya baru kita buat kulit roti jala martabak pula. Satukan kesemua bahan di atas dan kisar halus. Tapiskan.
Bila dah siap baru bentukan jala dan letakkan inti martabak di dalamnya dan lipat empat segi.Murtabak ini enak dimakan bersama sos atau kari daging.