CHOCO STRAWBERRY SMOOTHY

BAHAN SIRAP COKLAT     

100 ml krim tenusu

100 gm coklat gelap

3 titik vanila

250 ml susu segar

5 biji buah strawberi segar / sejuk beku

3 skop  ais krim coklat

4 sudu besar sirap coklat

¼ gelas ais

 

CARA MENYEDIAKAN:            

1 Untuk sirap coklat , didihkan krim, tuangkan ke atas coklat cair. Kacau sebati. Masukkan vanila, kacau dan sejukkan.
2 Masukkan susu, buah strawberi, ais krim, sirap coklat dan air batu ke dalam pengisar makanan.
3 Kisar semua bahan selama 30 saat.
4 Paipkan coklat cair ke dalam gelas.
5 Tuangkan ke dalam gelas, paipkan krim putar di atasnya dan taburkan parutan coklat.