BAHAN-BAHAN
210 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
3 biji telur
180 gm gula kastor
400 ml air perahan pandan
250 ml santan pekat
1 sudu kecil pewarna hijau
Bijan secukupnya – sangai
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan kesemua bahan di atas kecuali bijan dan kacau sebati.
- Panaskan acuan yang telah disapu minyak selama 10 minit. Tuangkan adunan dan tabur sedikit bijan.
- Bakar selama satu jam lima belas minit pada suhu 180 darjah selsius.