PORTOBELLO SUMBAT BAKAR BERSAMA KEJU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

2 biji cendawan portobello saiz besar

Sedikit keju mozzarella dan parmesan

Sedikit minyak zaitun

1 labu bawang besar – cincang halus

1 sudu kecil puri tomato

3 biji besar tomato buang tengah dan dadu

1 helai helai bay

Sedikit herba thyme

½  biji lemon

 

SOS TOMATO:

  1. Tumiskan bawang besar sehingga kekuningan, masukkan puri tomato dan kacau sebentar sehingga puri masak.
  2. Masukkan tomato yang didadu, daun bay dan thyme.
  3. Masak di atas api yang perlahan sehingga tomato hancur.
  4. Imbangi rasa dengan sedikit garam, gula dan air perahan lemon.
  5. Sejukkan dan keluarkan buang daun bay. Kisar kesemua bahan.

 

CARA:

  1. Panaskan katuhar pada suhu 200⁰C
  2. Bersihkan sedikit cendawan dan buangkan kakinya. Biarkan terbalik.
  3. Titiskan sedikit minyak zaitun, garam dan lada hitam.
  4. Tuangkan 2 sudu sos tomato tadi kedalam cendawan.
  5. Taburkan keju diatas.
  6. Bakar selama 10 hingga 15 minit sehingga keju cair dan garing.
  7. Hidangkan bersama salad atau kentang bakar berkeju.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan