BAHAN
250 gm makaroni – rebus
4 ulas bawang putih – cincang halus
2 labu bawang holland – cincang halus
1 tin tomato puri
Sedikit daun parsli kering
2 biji buah tomato – potong dadu
1 kiub pati ayam
5 sudu besar minyak
CARA:
1.Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
2.Masukkan daun parsli dan tomato puri. Gaul rata dan rasakan garamnya.
3. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan makaroni. Akhir sekali masukkan tomato dan gaul rata makaroni dengan sos tersebut.