BAHAN A:
100 gm tepung kastard
1 liter air
Susu pekat ikut suka manisnya
1 ½ cawan susu sejat
BAHAN B:
20 keping kulit popia
Ceri merah dan hijau – potong kecil
10 biji buah prun – potong kasar
Gajus digoreng dan cincang kasar
Minyak untuk menggoreng
BAHAN C:
½ cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar minyak masak
2 susu besar susu cair/sejat
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk.
- Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau hingga rata.
- Setelah ia pekat dan mendidih, angkat dan sejukkan.
- Untuk bahan B, ambil kulit popia kemudian diletakkan sos kastard dan taburkan ceri merah, hijau, prun dan gajus. Kemudian digulung dan digoreng.
- Untuk bahan C, campurkan bahan-bahan dan dimasak di atas api yang kecil atau pun kaedah cara doubleboiled.