AGLIO OLIO MAKANAN LAUT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

3 ekor udang segar

100 gm sotong segar

60 gm lala

200 gm spaghetti/linguine – rebus

2 sudu besar minyak zaitun

2 ulas bawang putih – hiris

2 tangkai cili padi – hiris

Sedikit oregano

Sedikit cili kisar

Hirisan buah zaitun

Hirisan cendawan butang

1 biji lada benggala dipotong kiub

Sedikit lada hitam yang telah dikisar

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil perahan jus limau

1 sudu kecil keju parmesan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tuangkan minyak zaitun di atas kuali dan tumis bawang putih yang telah dihiris tadi.
  2. Masukkan udang, sotong dan lala dan ditumis bersama-sama dengan cili kisar dan hirisan cili padi.
  3. Jika bahan terlalu kering, campurkan sedikit air rebusan dan gaulkan bersama dengan spaghetti sehingga bahan tersebut masak.
  4. Masukkan lada benggala, cendawan, buah zaitun, sedikit oregano, perahan jus limau dan garam. Gaul rata.
  5. Taburkan hirisan halus daun pasli tadi jika ada dan gaul rata.
  6. Hidangkan di dalam pinggan letakkan taburan keju parmesan di atasnya. Sedia dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan