BAHAN-BAHAN :
Doh piza 10 inci
250 gm pes tomato
80 gm pepperoni – hiris
2 keping ‘breakfastchickenslice’ – potong 6 bahagian setiap keping
Parutan keju mozarella
1 biji lada benggala merah – potong kiub
1 biji lada benggala hijau – potong kiub
1 biji lada benggala kuning – potong kiub
1 labu bawang besar – hiris
Hirisan buah zaitun secukupnya
Daun pasli – hiris halus
CARA MENYEDIAKAN:
- Sapukan pes tomato pada permukaan doh piza.
- Susunkan potongan ‘breakfastchickenslice’ terlebih dahulu di atas doh kemudian diikuti dengan hirisan pepperoni secara rata.
- Taburkan parutan keju mozarella.
- Akhir sekali hiasi dengan bahan-bahan yang lain.
- Bakarkan di dalam ketuhar selama 4 minit dengan suhu 80°C.
- Setelah siap potongkan kepada lapan bahagian dan sedia dihidangkan.