BAHAN A:
1 cawan sagu biji
3 sudu besar kelapa parut (buang kulitnya)
Daun pisang dan lidi secukupnya
4 cubit garam
BAHAN B
6 biji sengkuang cina
10 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar perwarna merah
1 sudu besar perwarna hijau
2 mangkuk ais – campur dengan air
BAHAN C:
1 tin susu sejat/cair
Susu pekat ikut suka manisnya
2 biji kuning telur
1 tin air
Sedikit esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan air dalam kukusan.
- Basuh sagu dan toskan.
- Campurkan sagu dengan kelapadan garam.
- Kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikemaskan dengan lidi. Kukushingga masak.
- Kupas sengkuang cina, basuh dan tos kan airnya, kemudian dipotong kasar-kasar bentuk empat segi.
- Masukkan tepung ubi kayu ke dalam mangkuk,kemudian masukkan sengkuang dan digaul sebati dan bagikan dua bahagian masukkan ke dalam bekas.
- Masakkan di dalam dua periukdengan dua cawan air setiap periuk. Setelah air mendidih, masukan pewarna merah dan hijau.
- Kemudian masukkan sengkuang tadi ke dalam periuk perwarna merah dan hijau.
- Setelah masak (sagu akan timbul) angkat dan masukkan kedalam ais.
- Setelah sejuk angkat dan tapis.
- Untuk bahan C, campurkan susu sejat atau cair, susu pekat, air dan kuning telur.
- Dipukul hingga rata dan secukup manis. Kemudian dimasak di atas api yang sederhana kecil hingga masak. Setelah masak masukkan sedikit esen vanila.
- Hidangkan sagu tadi dengan sengkuang delima dan kuah.