Kadang kala terpaksa berfikir banyak kali apa agaknya bekal yang harus disediakan untuk anak ke sekolah. Mati kutu dibuatnya.
Kali ini Saji nak kongsikan resepi Pizza Kuali daripada perkongsian Puan Murni Rahmat di laman Facebook.
Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah..
100% masak atas api,tak perlu oven..
Resepi utk 5x pizza
Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Bahan topping
Sos pasta tradisional – jenama bebas
Boleh letak macam2 topping
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
Step by step


*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1 cawan air tu, tuang mauripan dlm tu, masuk secubit gula. Selepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.
3.Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

5.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
6.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
7.Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sblm isi topping.
8.Kalau suka lembut gebu mcm roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap-siap atas kuali ye..baru senang sbb tak perlu nak angkat doh tu sebab topping tu berat, nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
9.Cheese tu ambil masa 3-4 minit utk cair ye..
*nak cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..
Ni bahan2 dia.. cheese kena pakai mozzarela utk effect tarikkk.. klu x kisah blh je guna cheese apa pun..sedap je tp xblh nak main tarik2 la..
*saya guna mozzarela n cheddar
Utk topping..
Tumis bwg holland n bwg putih..bila dah wangi,masuk ayam,hotdog dan cendawan..tumis sampai masak..perasakan dgn garam dan lada hitam..nk letak bbq sos pun blh..nk letak blackpeper sos pun blh..ikut selera masing2.. tp blackpaper sos klu nk masuk,kena pilih yg sdp..kdg2 rasa blackpeper sos ni pelik,masam cuka dia kuat sgt.. lari pulak rasa pizza tu nanti..nk selamat,tabur je blackpeper tumbuk.. mcmni pun da cukup sedapppp..
Resepi sos..
Klu nak mudah.. beli apa2 sos pasta perisa original/traditional..
Klu nak buat sendiri👇
3 ulas bwg putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecik mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
Potong halus bwg putih dan tumis smpai naik bau..
Masuk bawang n tomato yg dikisar..
Masak sampai pecah minyak.
Masukkan tomato puree/sos tamato
Tambah mix herbs dan kiub ayam
Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam
 Â