Bahan 1
1 ekor ayam salai – potong kecil
1 batang lobak merah
4 biji kentang
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar garam
1.5 liter air
1 sudu besar cili merah – tumbuk kasar
1 batang teratai – kupas dan potong bulat
Bahan 2
3 inci halia – pecahkan
8 ulas bawang putih
3 batang leek
1 liter air
CARA :
- Dalam periuk masukkan semua bahan 1 dan masak atas api perlahan selama 30 minit.
- Dalam periuk lain, perlahankan api dan masukkan bahan 2 dan masak selama 30 minit juga.
- Selepas 30 minit, tapis rebusan bahan 2 dan masukkan dalam periuk bahan 1. (Jika anda suka tidak perlu ditapis. Campurkan saja kedua-dua bahan tadi)
- Panaskan seketika dalam 5 minit. Sedap di makan dengan roti
TIPS: Kalau rebus lagi lama lagi sedap masakan tapi jangan masukkan leek terlalu awal.