Arini saya nk kongsi resepi laksa lemak thailand…

Dh 2-3 kali buat memang ramai suka smpai suruh saya meniaga laksa ni…

Ok bahan-bahan yg diperlukan :

1 kg Ikan kembong/selayang direbus dan diasingkan isinya pastu blend smpai halus..

Cili giling 2 sudu

Asam keping 2-3 keping

Daun pudina 2-3 tangkai

Daun limau purut 2@3 helai

Santan 3-4 cawan

Air secukupnya

*bawang merah 10 bji

*serai 3 batang

*lengkuas 2 inci

*halia 2 inci

*kunyit 2 inci

*belacan

(Yg btanda * blend smpai lumat)

 

Panaskan minyak sedikit untuk menumis…dah panas masukkan bahan yg diblend tadi dan cili giling

Kacau smpai naik bau

Lepas tu masukkan isi ikan yg diblend tadi, kacau smpai sebati

Masukkan daun limau purut, daun pudina, asam keping, selepas tu masukkan santan dan kacau

Terus masukkan air secukupnya. Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat, sedang-sedang

Masukkan garam, gula secukup rssa

Masak smpai mendidih sambil di kacau tau, jangan tak kacau nanti berketol kuah laksa tu

Sudah mendidih terus tutup api.

Boleh hidangkan dengan ulam macam dalam gmbar saya sertakan…ulam taktau nama tapi saya beli kat siam.

Laksa saya guna laksa halus siam jugak. Kalau tak ada boleh ganti ulam lain dan laksa halus yg biasa.

Ulam jangan dipotong macam laksa biasa. Nak makan baru kita kutip sikit-sikit masuk dalam pinggan. Sedap. Selamat mencuba.

 

Kredit : Norhafiza Mohamad Rejab