BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar santan pekat
¼ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
Air secukupnya
2 sudu besar mentega yang telah dicairkan
10 keping buah pic dalam tin
½ cawan madu
5 sudu kecil bijan yang telah disangai
Minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan semua bahan di atas kecuali mentega cair dan air.
- Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat.
- Masukkan mentega cair dan kacau rata.
- Ambil buah pic dan tos kan airnya dan keringkan dengan tisu.
- Panaskan minyak, ambil pic masukkan ke dalam tepung dan goreng.
- Setelah goreng, curahkan madu dan taburkan bijan. Hidangkan.