BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil esen perisa pisang
Secubit garam
70 ml minyak masak
½ cawan gula perang
2 biji telur – gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil ovelet
½ cawan madu
Sedikit mentega
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan kuali, sapukan dengan sedikit mentega.
- Lenyek kan pisang hingga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat, ketepikan.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, garam dan serbuk penaik. Kemudian ayak, ketepikan.
- Dalam bekas lain, pukul telur, ovelet, gula perang dan minyak. Pukul adunan sehingga pekat dan berkrim.
- Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi.Kacau sebati.
- Selepas itu, masukkan adunan tepung dan gaul rata.
- Ambil adunan dan lenserkan ke dalam kuali dengan api yang sederhana kecil. Balik-balikkan dan tunggu hingga masak. Angkat dan curahkan madu.