TALAM SUJI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN LAPIS BAWAH A:

180 gm tepung suji

450 gm air

 

BAHAN LAPIS BAWAH  B:

220 gm gula kastor

2 biji telur

250 ml santan

250 ml air

Sedikit pewarna kuning

 

BAHAN LAPIS ATAS A:

350 gm gula kastor

500 ml air – kisar dengan 3 helai daun pandan

 

BAHAN  LAPIS ATAS B:

150 gm tepung gandum

3 biji telur

250 ml santan

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna hijau

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rendam bahan bawah A selama 30 minit. Rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan bawah B dalam bekas,kacau rata dan tapis. Masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan bawah A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).
  4. Guna loyang 10x10x2. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik di atas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
  5. Rendam bahan atas A sehingga gula cair dan sejukkan.
  6. Satukan semua bahan atas B, kacau sehingga rata.
  7. Masukkan bahan atas B ke dalam bahan  atas A dan tapis.
  8. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Jangan pekat dan jangan terlalu cair.Tutup api dan gunakan pemukul telur untuk ratakan adunan.
  9. Tuang ke atas lapisan bawah yang telah siap tadi dan kukus selama 30 minit.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan