PEPES IKAN BILIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

300 gm tauhu putih – tumbuk kasar

150 gm ikan bilis – tumbuk kasar

2 biji telur

5 helai daun salam – hiris nipis

6 tangkai cili padi – hiris nipis

3 biji tomato – potong kiub

Daun pisang secukupnya

 

BAHAN KISAR :

3 tangkai cili merah

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji buah keras

2 cm kunyit

Garam dan gula pasir – secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tauhu, ikan bilis,telur dan bahan kisar disatukan. Campurkan kesemua bahan.
  2. Ambil sekeping daun pisang, letakkan dua sudu besar adunan yang telah siap, balut memanjang.
  3. Bakar diatas api hingga keperang-perangan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan