SAMOSA IKAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia – secukupnya

50 gm tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk sapuan pada kulit popia.

 

BAHAN INTI

500 gm ikan selayang – rebus dan asingkan isinya

200 gm kelapa parut muda – sangai perang

200 ml santan

1 sudu kecil biji jintan manis – tumbuk

2 batang serai – tumbuk

10 ulas bawang merah – tumbuk

50 gm gula Melaka – racik halus

Garam dan gula pasir – secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar isi ikan dan kelapa parut dengan santan hingga halus .
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, kacau hingga agak kering.
  3. Sesuaikan rasanya dengan garam dan gula pasir.
  4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering.
  5. Potong kulit popia memanjang. Sapu dengan sapuan tepung gandum.
  6. Masukkan sesudu inti. Lipat berbentuk segitiga. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan