BAHAN-BAHAN
1 biji nangka muda – potong memanjang dan kemudian potong kecil
BAHAN KUAH KACANG
½ kilo kacang tanah – goreng dan tumbuk kasar
7 biji cili api
2 ulas bawang putih
½ inci belacan – dibakar
Seketul gula kabung
Asam jawa sebesar ibu jari – bancuh dengan air suam
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Rebus nangka hingga empuk. Ketepikan.
- Tumbuk cili, belacan, bawang putih dan sedikit garam. Bila dah lumat baru masukkan gula dan tumbuk lagi.
- Kemudian masukkan kacang dan gaul bersama air asam jawa. Ikut suka sama ada kita nak kuah yang pekat ataupun cair.