MI JAWA MUBARAK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai
20 gm udang kering

 

BAHAN A
2 biji keledek manis – rebus dan kisar halus
1 biji kentang – rebus dan kisar halus
400 gm mi kuning
100 gm taugeh
200 gm udang sederhana besar – bersihkan dan rebus dengan 500 ml air (jangan buang air rebusan)
1 biji telur -rebus
Serbuk kari
Bawang goreng

 

CARA MENYEDIAKAN
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan udang dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan keledek kisar dan biarkan masak sehingga sedikit pekat.
4. Masukkan serbuk kari tumis sedikit demi sedikit sehingga warna kuah mi jawa menjadi sedikit kemerahan.
5. Dalam mangkuk sediakan mi dan bahan lain di atasnya. Tuangkan kuah, hidang bersama telur rebus.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan