
BAHAN-BAHAN
500 gm sotong sederhana besar
2 biji ubi kayu – rebus dan lecek
6 tangkai cili padi – hiris
1 liter santan cair
Gula kabung
Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
1. Campurkan ubi kayu lecek dan cili padi kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ubi kayu lecek ke dalam sotong sehingga padat.
3. Panaskan santan di dalam periuk . Masukkan gula kabung hingga santan menjadi manis.
4. Masukkan sotong sumbat dan biarkan sehingga masak dengan api sederhana.