BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
BAHAN A
1 paket rempah kari daging – bancuh dengan air
3 biji ubi kentang – potong dadu
200 gm ayam – potong kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
BAHAN ROTI JALA
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu segar
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari.
2. Masukkan sedikit air, ayam dan biarkan kari masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Kisar semua bahan roti jala dan tapis.
6. Gunakan acuan roti jala dan masak menggunakan kuali tahan lekat.
7. Letakkan sedikit kari kentang di atas jala yang belum digulung.
8. Gulungkan roti jala seperti menggulung popia.