BAHAN
600 gm tepung gandum
1 ½ cawan air
1 sudu besar shortening pau
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil bread improver
11 gm yis
1 sudu besar gula
Pewarna oren
Pewarna kuning
Inti: kacang merah
CARA:
1.Larutkan gula dalam air. Masukkan yis dan biarkan ia naik.
2. Masukkan tepung gandum, shortening pau, serbuk penaik dan breadi mprover dan curahkan yis tadi di atasnya dan uli hingga jadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh dan letakkan warna yang disukai. Uli hingga doh dan warna oren dan kuning sekata.
4. Perapkan doh. Campurkan sedikit doh kuning dan oren dan bulatkan doh seperti bentuk bola. Canaikan satu persatu secara bujur. Susun doh secara bertindan antara satu doh dengan doh yang lain sebanyak lima keping.
5. Letakkan inti kacang merah dan gulung kemas. Kerat di tengah-tengah dan dapatlah dua kelopak bunga tulip.Selitkan doh hijau untuk daunnya. Biarkan selama setengah jam sebelum dikukus.
6. Kukus selama 10 minit.