KEK LAPIS PISANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

250 gm mentega

3 sudu besar susu pekat

100 gm gula kastor

15 gm ovalette

8 biji kuning telur

4 biji putih telur

120 gm tepung gandum

2 sudu teh perisa pandan

Sedikit pewarna hijau

4 biji pisang – dilenyek

4 biji pisang – dipotong kecil

 

CARA:

  1. Pukul mentega dan susu pekat sehingga kembang dan berkrim.
  2. Dalam bekas lain, satukan gula kastor, ovalette, kuning telur dan putih telur dan pukul selama 10 minit dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Kemudian masukkan adunan mentega dan gaul lagi sehingga bercampur rata.
  4. Bahagikan adunan kepada dua. Bahagian pertama diwarnakan hijau dan ditambah perisa pandan. Bahagian kedua pula masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul sebati.
  5. Ambil dua senduk adunan hijau dan ratakan di dalam acuan 7”x7” yang telah dialas baking paper yang disapu dengan mentega. Bakar dengan api atas dan bawah di dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama tujuh minit.
  6. Apabila permukaan kek berwarna perang, cucuk dengan garfu dan tekankan supaya rata. Seterusnya buat satu lagi lapisan berwarna hijau dan bakar seperti lapisan pertama.
  7. Ambil dua senduk adunan yang digaul dengan pisang dan bakar sehingga masak.Buat beberapa lapisan diselang-selikan dengan pisang yang dipotong kecilsehingga adunan habis.
  8. Buat dua lagi lapisan berwarna hijau. Setelah semuanya telah masak, tutup tin pembakar dengan kertas aluminum dan bakar semula selama 15 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan