BAHAN DOH
2 cawan tepung gandum
½ pek yis
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak jagung
Air secukupnya
Pewarna – pink dan hjau
BAHAN INTI
1 tin sardin
1 labu bawang besar – hiris
1 biji limau kasturi
5 tangkai cili api
Sedikit gula dan garam
**(Gaul kesemua bahan di atas)
CARA:
- Campurkan ke semua bahan doh dan gaul dengan air sedikit demi sedikit hingga sebati. Doh hendaklah keras sedikit agar mudah dibentuk.
- Bahagikan doh dan titiskan warna di atasnya dan uli lagi hingga warna sekata.
- Canaikan doh memanjang dan potong berjalur-jalur. Cantumkan doh warna-warni ini dan leperkannya.
- Kerat ikut ukuran sendiri dan masukkan inti sardin di dalam, gulung kemas dan biarkan seketika agar pau itu naik semula.
- Kukus antara 6 hingga 7 minit.