PAU ROS CINTA HATIKU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

600 gm tepung gandum

1 ½ cawan air

1 sudu besar shortening pau

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil breadi mprover

11 gm yis

1 sudu besar gula

Pewarna pink

Pewarna hijau

 

BAHAN INTI

2 keping cheesedale – gunting

2 sudu besar gula

1 cawan susu segar

3 sudu besar tepung kastard

**(Bancuh kesemuanya dan masak atas api yangperlahan)

 

CARA:

1.Larutkan gula dalam air. Masukkan yis dan biarkan ia naik.

2. Masukkan tepung gandum, shortening pau, serbuk penaik dan breadi mprover dan curahkan yis tadi di atasnya dan uli hingga jadi doh yang lembut.

3. Bahagikan doh kepada tiga warna biasa, merah jambu dan sedikit doh untuk warna daun. Uli hingga doh sekata.

4. Perapkan doh. Campurkan sedikit doh biasa dan merah jambu. Bulatkan doh seperti bentuk bola. Canaikan satu persatu secara bulat. Susun doh secara bertindan antara satu doh dengan doh yang lain sebanyak lima keping.

5. Canaikan dan letakkan inti di dalamnya. Gulung kemas doh. Potong dua dan bahagian atas doh dipatah ke bawah bagi membentuk kelopak bunga ros.

6. Bentukkan doh hijau yang kecil sebagai daun menggunakan tangan. Lekatkan di luar bunga ros doh hijau itu tadi. Kukus antara 6 ke 7 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan