Terdapat lebih kurang 7500 jenis yang terdapat di seluruh dunia. Heirloom tomato atau tomato tradisional merupakan jenis tomato yang bukan hybrid. Di UK jenis ini lebih dikenali sebagai heritage tomato. Tomato jenis ini lebih popular kerana terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Contohnya, variety Brandywine, Greengrape dan Cherokeepurple.

Kini, tomato jenis hybrid mudah didapati dan popular. Tomato hybrid biasanya lebih tahan lasak dan rasanya lebih sedap. Kerana faktor inilah tomato hybrid lebih sesuai dikomersialkan. Tomato hybrid terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Tomato Globe

Tomato Globe merupakan tomato yang paling biasa didapati di pasaran. Sesuai untuk dimakan secara mentah.

 

  • Tomato Beefsteak

Tomato Beefsteak sejenis tomato yang besar, berbentuk seperti ginjal, dan mempunyai kulit yang nipis. Biasanya dimakan bersama sandwich. Oleh sebab,  kulitnya yang nipis, tomato ini kurang sesuai dikomersialkan kerana cepat rosak.

 

  • Tomato Oxheart

Tomato Oxheart terdapat dalam bentuk seperti buah strawberi dan ada juga yang berbentuk ginjal seperti tomato beefsteak.

 

  • Tomato Plum

Plum tomato biasanya berbentuk oblong dan sangat sesuai untuk dijadikan sos atau pes kerana mempunyai kepadatan isi yang tinggi.

 

  • Tomato Pear

Pear tomato berbentuk buah pear yang nyata dan biasanya bersaiz kecil. Juga sesuai untuk dijadikan pes.

 

  • Tomato Ceri

Tomato ceri bersaiz kecil dan bulat. Rasanya lebih manis dan sangat sesuai untuk dijadikan salad. Di Malaysia, tomato iniyang bulat kurang dikenali.

 

  • Tomato Grape

Tomato Grape merupakan jenis terbaru yang diperkenalkan. Mempunyai bentuk seperti tomato plum dan rasa manis seperti tomato ceri. Di Malaysia, jenis ini lebih dikenali sebagai tomato ceri kerana telah ditanam secara besar-besaran. Variati ini diperkenalkan di pasaran dunia pada 1990-an dan menjadi popular kerana saiznya yang kecil dan manis

 

  • Tomato Campari

Campari tomato mempunyai saiz lebih kecil daripada tomato plum tetapi lebih besar dari tomato ceri. Mempunyai rasa yang manis, tekstur yang lembut dan kandungan asid yang rendah.

SUMBER GAMBAR : GOOGLE