BAHAN-BAHAN:
I kg Ikan Patin
50 gm tempoyak
1 batang timun – potong memanjang kasar
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit
50 gm halia
20 gm ibu kunyit
10 tangkai cili padi – kisar
8 ulas bawang merah – kisar
250 ml santan
1 cawan air
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan patin dipotong ikut suka dan dibersihkan. Diketepikan.
- Kisar cili padi, bawang merah dan halia hingga lumat.
- Masukkan bahan kisar, ke dalam periuk bersama kunyit, serai dan sedikit air.
- Apabila sudah mendidih, bolehlah masukkan ikan patin dan asam gelugur.
- Akhir sekali, masukkan santan, tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan dan masukkan timun. Apabila sudah mendidih, padamkan api. Angkat dan hidangkan ikan patin.