BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar pati serbuk ayam
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
500 gm isi ayam – dipotong-potong & buang kulit
Lidi sate secukupnya
Dikisar halus:
20 tangkai cili padi
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Daun ketumbar secukupnya
1 sudu kecil serbuk ketumbar – sangai
1 sudu kecil serbuk jintan putih – sangai
Sayur-sayuran:
1 biji lada benggala
2 biji tomato
5 biji tomato ceri
2 labu bawang besar
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan bahan-bahan yang dikisar dengan pati ayam serbuk, air limau nipis, garam secukup rasa bersama-sama gula perang. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali leper dan goreng ketulan ayam dan sayur-sayuran berasingan selama beberapa saat untuk mendapatkan warna keperang-perangan.
- Cocok ketulan ayam dan sayur-sayuran berselang seli pada lidi sate.
- Untuk menyedapkan lagi, atur sate ayam dan sayur ini di dalam dulang pembakar dan bakar lagi di dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 170⁰C selama 20 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan hidangkan panas-panas.