MARTABAK ISTIMEWA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN DOH:

3 cawan tepung gandum

2 sudu besar mentega

1 cawan air dalam peti sejuk + 1 sudu kecil garam

1 sudu besar susu pekat manis

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tepung dan susu pekat manis digaul rata.
  2. Kemudian masukkan mentega dan gaul lagi.
  3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
  4. Bulatkan kecil-kecil. Rehatkan selama satu jam.

 

BAHAN INTI:

300 gm daging – cincang

3 biji kentang – buang kulit & sagat

1 labu bawang besar – dihiris

1 ulas bawang putih – cincang halus

5 tangkai cili padi – cincang halus

2 cm halia – cincang

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar serbuk kari

Sedikit air

1 keping asam gelugur

Sedikit minyak

4 biji telur

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, dan halia hingga garing. Masukkan asam gelugur,air, sos cili dan serbuk kari.
  2. Kemudian masukkan daging. Reneh hingga daging empuk. Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Biar hingga daging dan kentang masak. Sejukkan.
  3. Cara membuat martabak, panaskan kuali dengan sedikit minyak menggunakan api perlahan. Gaul sedikit inti dan telur.
  4. Canai satu doh kecil hingga nipis. Letak dalam kuali. Letakkan inti tadi di tengah-tengahnya. Lipat menjadi 4 segi.
  5. Terbalikkan apabila garing. Letak minyak sedikit jika martabak kelihatan kering. Goreng hingga garing. Angkat dan hidang bersama jeruk bawang.

 

JERUK BAWANG

1 labu bawang besar – dihiris halus

2 sudu besar cuka

1 sudu besar air

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

Sedikit pewarna merah

 

Gaul semua bahan dan simpan dalam peti sejuk. Makan bersama martabak daging.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan