BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
3 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
3 cm lengkuas – kisar
4 batang serai – kisar
2 sudu serbuk buah pala
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayam dibersihkan dan dibuang tulang. Kemudian perap dengan semua bahan kisar.
- Perap selama satu jam, kemudian balutkan dengan daun kunyit, masukkan ke dalam buluh yang telah dicuci.
- Bakar selama 30 minit. kemudian belah buluh dan sedia dihidangkan.