BAHAN KASTAD DURIAN
500 ml krim
100 gm susu
Sedikit isi durian
1 biji telur saiz A
80 gm gula
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
BAHAN UNTUK PASTRI
350 gm tepung gandum
150 gm marjerin/ shortening
¾ cawan air
½ sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN
- Penyediaan kastard: Campurkan susu dan durian ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana. Kacau hingga sekata sehingga mendidih.
- Di dalam bekas yang lain, pukul telur dengan gula sehingga adunan gebu. Masukkan pula tepung kastad dan tepung gandum. Kacau sekata sehingga adunan tidak bergentel.
- Sediakan penapis, tuang adunan susu yang telah masak tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
- Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga kastad menjadi pekat. Jika anda sukakan kastad yang agak manis tambahkan sedikit gula. Kacau dan sejukkan.
- Penyediaan untuk pastri: Untuk membuat pastri, campurkan tepung dengan marjerin, air dan garam. Uli sehingga menjadi doh.
- Rehatkan adunan selama 30 minit.
- Potong doh bentuk bulatan. Canaikan seperti membuat karipap dan isikan dengan kastad. Kelim tepinya. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.