MUFIN NANAS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

(16 BIJI MUFIN)

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung serbaguna

1 sudu besar serbuk penaik

½ cawan gula

½ sudu kecil garam

1 tin nanas hancur

1 biji telur-pukul

¾ cawan susu

¼ cawan mentega – cairkan

 

BAHAN  HIASAN ATAS

¼ cawan mentega – cairkan

1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

1/3 cawan  gula perang

1/2 cawan tepung serbaguna

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190⁰C. Griskan acuan mufin dengan mentega.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam.
  3. Nanas dalam tin ditos. Campurkan bersama telur, susu dan mentega yang telah dicairkan. Kisar sehingga sebati.
  4. Untuk bahan hiasan atas, di dalam mangkuk yang lain, kacau serbuk kayu manis, gula perang, tepung serbaguna dan mentega cair. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke dalam acuan mufin, masukkan pula adunan nanas kisar dan atasnya dengan adunan nombor 4.
  6. Bakar selama 30 minit, cucuk dengan lidi dan jika lidi tersebut bersih menunjukkan muffin tadi sudah masak.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan