AGAR-AGAR PLASTIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A:
10 gm agar-agar serbuk
1000 ml air
2 biji kuning telur
6 sudu besar gula halus
150 ml susu cair
Pewarna merah, kuning dan hijau

BAHAN B:
10 gm agar-agar serbuk
1000 ml air
100 gm gula kastor
Sedikit perisa oren

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. UNTUK MENYEDIAKAN BAHAN A: Agar-agar dimasak bersama air hingga mendidih. Masukkan gula dan masak hingga larut.
2. Kemudian masukkan susu cair dan telur. Kacau hingga mendidih
3. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian. Tiap satu diwarnakan merah, kuning dan hijau.
4. Tuang ke dalam acuan berasingan dan biarkan keras.
5. Apabila agar-agar sudah keras, potong agar-agar ini persegi kecil. Masukkan semula ke dalam acuan. Ketepikan.
6. UNTUK MENYEDIAKAN BAHAN B: Larut atau masak agar-agar dengan air.
7. Apabila sudah mendidih masukkan gula dan perisa oren.
8. Biarkan sejuk sedikit, baru tuangkan ke dalam acuan agar-agar tadi sehingga menutupi keseluruhan agar-agar yang berwarna.
9. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan