FOTO: MUHAMMAD AMIR ZULFAKAR
RESIPI: ROHANA ABU SAMAH, KUANTAN.
BAHAN
3 ekor ketam – belah dua
1/4 biji nanas – buang kulit dan potong
2 batang serai – titik
1 helai daun kunyit
1 kg santan
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
4 biji buah keras
CARA
1.Ketam dibersihkan lalu dibelah dua. Ketepikan.
2.Masukkan bahan kisar di dalam periuk dan kacau rata seketika.
3.Masukkan serai dan ketam, kacau rata.
4.Kemudian, masukkan santan, daun kunyit dan asam gelugur. Reneh di atas api yang kecil.
5.Masukkan garam dan sebatikan rasa.