PAIS DEDAUN IKAN BUNGA AIR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN TUMBUK

5 tangkai cili api

3 biji buah keras

3 batang serai

3 cm halia

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

3 cm Kunyit hidup

 

BAHAN B

1 cawan Kelapa parut –  tumbuk

 

BAHAN HIRIS

2 helai daun kunyit

10 helai daun kesum

1 ikat daun pegaga

 

BAHAN C

Garam, gula dan pes asam jawa secukup rasa

10 ekor ikan bunga air

Daun pisang – layur

Daun Kaduk

 

CARA MENYEDIAKAN:-

  1. Campurkan bahan tumbuk bersama dengan kelapa parut.
  2. Masukkan bahan hiris. Rasa garam, gula dan pes asam jawa.
  3. Ambil daun pisang  dan dilapik dengan daun kaduk dan masukkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi. Letakkan empat  ekor ikan bunga air.
  4. Daun pisang dilipat kemas dan dibakar.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan